Assalamualaikum w.b.t uolls. Dalam page ini, adalah sedikit coretan yang ingin kami semua kongsi kepada anda. Bukan hanya, menservis aircond malah, semua aktiviti bersama-sama juga kami akan kongsikan.
italic bold

CLIK-CLIK



TINGGALKAN JEJAK ANDA


RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



Mengenal Sistem Penyejukkan Dan Penyamanan Udara
Wednesday 10 May 2017 at 10.5.17




Assamualaikum, Hi semua. Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah memudahkan urusan kami semua. Pada hari yang penuh barakah ini, ingin saya Cehh wahh!! Haha, Gurau jerr uolls. Okey hari ni, tak banyak sangat pun tapi adalah sikit pengenalan pasal Sistem Penghawa Dingin ? Haa Aircond laa, yang boleh kita kongsi sikit. Sebenarnya ni post pertama, dan blog ni jugak tengah renovation, hehehe so harap pengenalan ni dapat membantu uolls semua espacially student KV or student dari kos AC. 

 SISTEM PENYAMANAN UDARA

Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial. Sistem ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu unit tingkap (Window Unit) , unit pisah (Split Unit), unit pisah bilang (Multi Split), unit bungkus/kemas siap (Package Unit) dan unit perdagangan (Commersial). Rajah 2.1 menunjukkan sistem-sistem penyamanan udara yang terdapat dipasaran.
              
                      

(a).       Unit tingkap (window unit)                  (b)        Unit pisah (Split unit)

       




                  

(c).Unit pisah berbilang (Muliti Split)     (d).Unit bungkus/ kemas siap (Package Unit)

PRINSIP SISTEM PENYAMANAN UDARA

Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.

 





Rajah 2.2 : Sistem penyamanan udara

       

Rajah 2.3 : Kitaran penyejukkan udara


Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen yang disediakan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum.


0 comments

0 Comments:

Post a Comment






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life