Assalamualaikum w.b.t uolls. Dalam page ini, adalah sedikit coretan yang ingin kami semua kongsi kepada anda. Bukan hanya, menservis aircond malah, semua aktiviti bersama-sama juga kami akan kongsikan.
italic bold

CLIK-CLIK



TINGGALKAN JEJAK ANDA


RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



RINGKASAN EKSEKUTIF
Wednesday, 17 May 2017 at 17.5.17


NM Aircond Electrical & Cleaning Services ( JM0681076-U) ditubuhkan pada 25 Februari 2014 secara milikan tunggal dn bermula dari rumah (homebased) beralamat di No1549 Jalan Pulai Jaya 50, Bandar Pulai Jaya, 81300 Skudai, Johor. Kini perusahaan ini (setelah 2 tahun beroperasi) telah berpindah ke premis pejabat beralamat di No 63-01 Jalan Dataran Larkin 1, Taman Dataran Larkin 80350 Johor Bahru, Johor bermula April 2016. Pemilikan perusahaan juga telah berubah menjadi perkongsian bermula Mac 2016 dan dijangka dinaiktaraf ke perurusan PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) pada Mac 2017. Perusahaan ini mensasarkan premis yang lebih selesa memandangkan dijangka berlakunya pertambahan kakitangan pentadbiran yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pada tahun 2017. Perusahaan ini mensasarkan premis yang lebih selesa memandangkan dijangka berlakunya pertambahan kakitanggan pentadbiran yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pada tahun 2017. Kepakaran kami adalah membantu pemilik premis berpenghawa dingin seperti kediaman domestik, rumah kedai, pejabat dan butik-butik sekitar Johor Bahru mendapatkan perkhidmatan membekal, memasang, menyelenggara, membaik pulih dan menguji terima unit perkhidmatan unit penghawa dingin yang cekap, telus mengikut spesifikasi dan mesra pelanggan. Kehadiran kami didalam industri juga membantu menyelesaikan isu ketiadaan kontraktor bumiputra bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan domestik memandangkan kebanyakkan kontraktor memonopoli tender kerajaan dan tender swasta yang lebih besar margin keuntungannya. Bagi kami, menjadi satu kewajipan memikul tanggungjawab sosial dalam membantu menyelesaikan masalah lebih ramai orang berbanding jumlah wang ringgit itu sendiri.

             Bermula Ogos 2016 dan dijangka sehingga Julai 2018, kami telah bergabung jenama bersama sebuah Syarikat ABS Holdings Sdn Bhd bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan serta menambah baik sistem pengurusan korporat perusahaan ini. Melalui beberapa siri perbincangan, jenama yang dipersetujui untuk dibawa adalah ABS Aircond. Jenama ABS Aircond turut didukung oleh beberapa usahawan penghawa dingin yang lain yang mempunyai objektif, misi dan visi yang selari dengan kami antaranya EM Dinamik PLT sebuah perusahan penghawa dingin di Temerloh, Pahang dan Mutiara Hitam Enterprise di Kuantan, Kuantan. Kerjasama ini dijangka akan berterusan jia terdapat keperluan dimasa akan datang. 

0 comments

0 Comments:

Post a Comment






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life