Assalamualaikum w.b.t uolls. Dalam page ini, adalah sedikit coretan yang ingin kami semua kongsi kepada anda. Bukan hanya, menservis aircond malah, semua aktiviti bersama-sama juga kami akan kongsikan.
italic bold

CLIK-CLIK



TINGGALKAN JEJAK ANDA


RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK AR-RAYYAN BUAT KALI PERTAMA BERSAMA TUAN AZAM DAN PUAN RASIDAH SERTA PUAN INTAN (PIHAK KEBAJIKAN AR-RAYYAN)
Thursday, 6 July 2017 at 6.7.17

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Lebaran. Alhamdulillah bersama kita lagi pada bulan Syawal yang penuh barakah. Saya harap semua sihat sihat sahaja. Masing masing seronok beraya di perantauan bersama ibu bapa dan sanak saudara tak lupa juga keluarga adik kakak dan abang. DIsini, saya ada sikit perkaran atau berita gembira yang mahu saya kongsikan kepada anda. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha untuk saya melaksanakan Majlis Sambutan Aidil FItri bersama anak anak kebajikan Ar-Rayyan sudah sampai ketahap 80%. Syukur atas kerjasama yang diberikan oleh Puan Intan (Pengurus Pusat Kebajikan Ar-Rayyan) kerana mengizinkan kami untuk meluangkan masa bersama sama anak anak Ar-Rayyan. Tidak saya lupakan juga kepada Tuan Azam dan Puan Rasidah (Pengurus BukakBonet Jb) kerana sudi bergandingan dengan saya dalam melaksanakan program ini. Alhamdullilah, pada tarikh 6 July 2017 bertempatkan di Pusat Kebajikan Ar-Rayyan Kg Maju JAya Kempa, telah kami hadir buat kali pertama untuk mengadakan perbincangan bersama Puan Intan. Kami menerangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh kami lakukan serta masa, tarikh dan tepat tempat yang bersesuai untuk kami merangka program tersebut. Puan Intan memaklumkan kami, mengenai keadaan anak anak di Ar-Rayyan dibesarkan dan didik. Ini adalah foto-foto yang dirakamkan semasa sesi perbincangan dilakukan :













Kami harapakn Majlis Sambutan Hari Raya ini dijalankan dengan sempurna mengikut apa yang dirancangkan. Alhamdulilllah sehingga kini masih ada ramai penyumbngan yang ini memberi sumbangan ikhlas kepada program kami. Semoga anda semua diberkati didunia dan diakhirat. Assalamualaikum wbt. Salam Lebaran Kosong-Kosong !

0 comments



PERANCANGAN AKTIVITI CSR BERSAMA ANAK ANAK PUSAT KEBAJIKAN AR-RAYYAN.
Wednesday, 14 June 2017 at 14.6.17

Assalamualaikum w.b.t kepada semua muslimin dan muslimah di Malaysia. Alhamdullah tiba 10 malam terakir menjelang Syawal. Bagaimana puasa anda ? masih cukup dan penuh ? Hehe. Alhamdulillah dan tahniah. Berbalik pada tajuk kita, yaa kami NM Aircond telah membuat perancangan untuk mengadakan aktiviti bersama Anak-anak Pusat Kebajikan Ar-Rayyan. Pada mulanya, kami merancangan untuk mengadakan aktiviti berbuka puasa, tetapi pusat kebajikan tersebut sudah penuh dengan tempahan untuk berbuka puasa bersama-sama mereka. Jadi kami, tundakan aktivit kami pada bulan Syawal. Haa macam Sambutan Hari Raya.Dalam aktiviti ini, kami mendapatkan banyak penyumbang untuk memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah, kami dapat pemyumbang duit raya, baju raya, kuih raya, makanan. Objektifnya, adalah untuk kami sama-sama merasakan atau menikmati perasaan hari raya bersama anak-anak Ar-Rayyan, selain itu juga kami ingin mengembirakan mereka dalam suasana hari raya. Tak kami lupakan juga bagi penyumbang-penyumbang yang bersungguh untuk memberi sumbangan penuh ikhlas ucapan terima kasih kami dahulukan.Jika anda berminat untuk memberi sumbangan ikhlas tak kesah sumbangan dari jenis apa, boleh hubungi :

Puan Masitah : 014-271 3214
Cik Puan Anis : 011-6116  4058

Di sini kami lampiran serba sikit mengenai Pusat Kebajikan Ar-Rayyan. 

LOKASI I : 

522 Jalan Bawang Off Lebuhraya Tebrau, Taman Sri AmarJohor Bahru 81100

LOKASI II :

No.31-A, /2, Malaysia, Jln Kempas Utama 3/1, Taman Kempas Utama, 81200, Johor, Malaysia

PENYELARAS : PUAN INTAN


0 comments



WHAT IS CIRCLE NETWORKING ?
Thursday, 8 June 2017 at 8.6.17

Assalamuailaikum w.b.t keoada semua muslimin dan meslimat yang dikasihi,

Bulan ini, team dilatih mengekalkan dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan kualiti kerja memandangkan kebanyakkan tempahan slot datang dari pelanggan sedia ada.

Pelanggan sedia ada sentiasa mengharap kualiti yang sama seperti yang pernah mereka terima atau lebih baik lagi. Maka menjadi suatu kewajipan bagi kami mencapai tahap 'EXPECTATION' pelanggan bagi memastikan pelanggan terus bersama kami dan berbesar hati menjadi ejen pemasaran secara sukarela

Kita bukan mahu dia sahaja, kita mahu seluruh apa itu 'CIRLCLE NETWORKING' nya. Boleh-boleh ?

Jadi teruska dengan promosi 10 kami jum jum jummmmmm tunggu apa lagi uolls semuaaaa


0 comments



MARI SERTAI KAMI REBUT PROMO 10
Thursday, 1 June 2017 at 1.6.17




Assalamualaikum w.b.t. Perhatian khas buat penduduk sekitar Kawasan Skudai, Johor. Dalam bulan Ramadhan kini, PROMO 10 kembali sekali lagi khas buat pelanggan baru yang menetap di kawasan Skudai, Johor. Jangan risau kami faham dan peka dengan isu perbelanjaan untuk berhari rayam bajet untuk menyelenggara aircond mungkin terpaksa dilupakan dahulu. Jangan biarkan tetami tak mahu beraya lama dirumah kita. Jadi ! mari sertai kami dalam PROMO 10 ini !! Hanya perlu booking slot and, hantarkan nama penuh, alamat penuh, nombor telefon yang paling mudah kami hubungi serta code promo : PROMO 10 RAYA mudah bukan ? Jadi  hantarkan ke

+6011-6116 4058 (Cik Anis)
+6014 271 3214 (Puan Maistah)

Bantu kami tambah nilai kepada lebih ramai orang, JOM LIKE & SHARE post ini. Terima Kasih,




0 comments



EXTRA SELESA !! EXTRA PAHALA ??
Wednesday, 31 May 2017 at 31.5.17

Assalamualaikum w.b.t, yang kami kasihi. Alhamdulillah tiba sudah bulan Ramadhaan yang penuh keberkatan dan bulan keampunan buat semua kaum muslimin. Anda baik-baik sahaja ? Bagaimana hari ada ? Alhamdulliah. Yaa Disini kami NM Air Cond Jb, sempenan Bulan Ramadhan, kami dengan rendah hati mahu menambah lebih nilai dalam kehidupan seharian para pelanggan dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan penuh dan tidk berbelah bahagi dengan memberi sedikit buah tangan bagi semua pelanggan kami sepanjang Bulan Ramadhan. Didoakan Ramadhan kita semakin diberkati insyaAllah. Ohem bukan ? Ingat selagi stock masih ada, jadi cepat laju-laju hubungi kami untuk dapatkan tempahan slot bersama tim kami. Jadi hubungi kami SEKARANG ke

+6014 - 271 3214 (Puan Masitah)
+6011 - 2896 1138 (Puan Amirah)
+6011 - 61164058 (Cik Anis)

Ingat ! Roger kami laju-laju, slot sangat terhad. 

Keselesaan Tanpa Kompromi 
Bantu kami tambah nilai kepada lebih ramai orang, 

JOM LIKE & SHARE post ini. Terima Kasih. 


0 comments



Manusia dan "Tong-Sampah" didalam tong jiwa.
Wednesday, 24 May 2017 at 24.5.17
Semalam petang ketika dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang, aku terpandang sebuah showroom kereta yang biasa kami senggara dan selenggara tapi kini sudah tidak lagi. Awalnya person incharge disana ok sahaja sehingga hubungan baik itu menjadi akses kami untuk kami menjadi kontraktor tetap disana. Sehinggalah suatu hari, ketika unit disana mengalami isi komponen unit tidak dapat lagi berfungsi dan perlu diganti.

   Seperti biasa "team" menjalankan kerja-kerja "troubleshooting" dan kemudiannya memaklumkan isu serta cadangan kerja baikpulih yang perlu dijalankan beserta anggaran kos. Sedang ketika "team" berbincang dengan person-incharge, pintu kaca hadapan ditolak keras. Seorang lelaki separuh usia masuk dengan wajah masam bercuka. Tiada usul periksa, habis 'team' kami dimarah melulu tidak ketahui punca asal. Katanya, sudah sepuluh tahun unitnya baik-baik sahaja menunggu angin beliau reda nanum, hurmmm nampak gaya beliau belum puas hamburkan semuanya. 'team' senyum dan memohon untuk beransur dahulu.

Briefing petang .
  'Team' melaporkan apa yang terjadi. Mereka marah tetapi tidak ambil hati. Tidak ada seseorang pun yang bekercil hati. Tidak ada seorang pun yang berkecil hati dengan hamburan caci maki pelanggan tadi. Semua sudah sedia maklum mungkin 'tong-sampahnya' sudah penuh.

Ya, Manusia dan emosi negatif yang diibaratkan sebagai sampah tidak dapat dipisahkan. Setiap hari sengaja atau tidak, kita terkadang memenuhkan 'tong-jiwa' orang lain dengan sampah kita. Kita marah, kecewa, sakit hati lalu kita lepaskan dan curahkan pada orang yang tiada kene mengena. Maka penuhlah tong mereka sehingga akhirnya mereka pula membuang sampah mereka ke dalam tong orang disekeliling mereka. Begitulah yang selalu terjadi.

Pelanggan tadi mungkin sudah tidak tahan membawa 'sampah' beliau ke sini sana lalu terpaksa memcurahkan keatas 'tong-tong' kami yang kebetulan sahaja berada disitu.

Semalam.
Mungkin juga 'tong-jiwa' aku tidak sempat aku hantar ke 'kitar-semula', dicurah pula sampah baru si penunggang motor itu sehingga akhirnya melimpahlah keluar. Mungkin penunggang itu juga sudah penuh 'tong'nya. Mungkin ?.

Ya, semuanya mungkin.

Janganlah 'sampai jiwa' ini jadi roadblock.

0 comments



RINGKASAN EKSEKUTIF
Wednesday, 17 May 2017 at 17.5.17


NM Aircond Electrical & Cleaning Services ( JM0681076-U) ditubuhkan pada 25 Februari 2014 secara milikan tunggal dn bermula dari rumah (homebased) beralamat di No1549 Jalan Pulai Jaya 50, Bandar Pulai Jaya, 81300 Skudai, Johor. Kini perusahaan ini (setelah 2 tahun beroperasi) telah berpindah ke premis pejabat beralamat di No 63-01 Jalan Dataran Larkin 1, Taman Dataran Larkin 80350 Johor Bahru, Johor bermula April 2016. Pemilikan perusahaan juga telah berubah menjadi perkongsian bermula Mac 2016 dan dijangka dinaiktaraf ke perurusan PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) pada Mac 2017. Perusahaan ini mensasarkan premis yang lebih selesa memandangkan dijangka berlakunya pertambahan kakitangan pentadbiran yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pada tahun 2017. Perusahaan ini mensasarkan premis yang lebih selesa memandangkan dijangka berlakunya pertambahan kakitanggan pentadbiran yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pada tahun 2017. Kepakaran kami adalah membantu pemilik premis berpenghawa dingin seperti kediaman domestik, rumah kedai, pejabat dan butik-butik sekitar Johor Bahru mendapatkan perkhidmatan membekal, memasang, menyelenggara, membaik pulih dan menguji terima unit perkhidmatan unit penghawa dingin yang cekap, telus mengikut spesifikasi dan mesra pelanggan. Kehadiran kami didalam industri juga membantu menyelesaikan isu ketiadaan kontraktor bumiputra bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan domestik memandangkan kebanyakkan kontraktor memonopoli tender kerajaan dan tender swasta yang lebih besar margin keuntungannya. Bagi kami, menjadi satu kewajipan memikul tanggungjawab sosial dalam membantu menyelesaikan masalah lebih ramai orang berbanding jumlah wang ringgit itu sendiri.

             Bermula Ogos 2016 dan dijangka sehingga Julai 2018, kami telah bergabung jenama bersama sebuah Syarikat ABS Holdings Sdn Bhd bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan serta menambah baik sistem pengurusan korporat perusahaan ini. Melalui beberapa siri perbincangan, jenama yang dipersetujui untuk dibawa adalah ABS Aircond. Jenama ABS Aircond turut didukung oleh beberapa usahawan penghawa dingin yang lain yang mempunyai objektif, misi dan visi yang selari dengan kami antaranya EM Dinamik PLT sebuah perusahan penghawa dingin di Temerloh, Pahang dan Mutiara Hitam Enterprise di Kuantan, Kuantan. Kerjasama ini dijangka akan berterusan jia terdapat keperluan dimasa akan datang. 

0 comments



Mengenal Sistem Penyejukkan Dan Penyamanan Udara
Wednesday, 10 May 2017 at 10.5.17




Assamualaikum, Hi semua. Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah memudahkan urusan kami semua. Pada hari yang penuh barakah ini, ingin saya Cehh wahh!! Haha, Gurau jerr uolls. Okey hari ni, tak banyak sangat pun tapi adalah sikit pengenalan pasal Sistem Penghawa Dingin ? Haa Aircond laa, yang boleh kita kongsi sikit. Sebenarnya ni post pertama, dan blog ni jugak tengah renovation, hehehe so harap pengenalan ni dapat membantu uolls semua espacially student KV or student dari kos AC. 

 SISTEM PENYAMANAN UDARA

Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial. Sistem ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu unit tingkap (Window Unit) , unit pisah (Split Unit), unit pisah bilang (Multi Split), unit bungkus/kemas siap (Package Unit) dan unit perdagangan (Commersial). Rajah 2.1 menunjukkan sistem-sistem penyamanan udara yang terdapat dipasaran.
              
                      

(a).       Unit tingkap (window unit)                  (b)        Unit pisah (Split unit)

       




                  

(c).Unit pisah berbilang (Muliti Split)     (d).Unit bungkus/ kemas siap (Package Unit)

PRINSIP SISTEM PENYAMANAN UDARA

Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.

 





Rajah 2.2 : Sistem penyamanan udara

       

Rajah 2.3 : Kitaran penyejukkan udara


Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen yang disediakan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum.


0 comments



Coming Soon
Friday, 3 February 2017 at 3.2.17
AbsAircond Jb Here We Goooooooo

0 comments






N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life